Followers

FIQH WANITA : KELUAR ANGIN MELALUI FARAJ (KENTUT VAGINA)

Bismillahirrahmaanirrahiiim
~Assalamua'alaikum warahmatullah~


Alhamdulillah, syukur kepada Allah, kerana mempertemukan lagi kita di alam maya ini buat kesekian kalinya. Alhamdulillah, pada kali ini, saya berkesempatan untuk mengupdate entry di dalam blog. Entry ini bukanlah hasil tulisan saya, ianya adalah artikel yang saya baca melalui sebuah website (http://sayangislam.com/). 


Setelah membaca entry di dalam website tersebut, maka saya rasakan WAJIB untuk saya sebarkan kepada sahabiah muslimat kerana inilah ILMU FIQH WANITA yang wajib diketahui oleh setiap susuk tubuh yang bernama WANITA. Jom kita teliti dan sama-sama mencedok ilmu demi memastikan ibadah kita seharian diterima, sah dan dipersembahkan sebaiknya kepada Allah SWT. InsyaAllah



Keluar angin melalui faraj (kentut vagina)
Pengenalan


Perbahasan mengenai keluarnya angin melalui faraj atau vagina atau qubul ada disentuh oleh ulama. Mengikut kaedah saintifik, vagina adalah tiub yang berotot dan berdinding membran sepanjang 7 hingga 9 cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan faraj. Bukaan faraj ini dikawal oleh beberapa otot kemut sama seperti otot yang mengelilingi bukaan dubur dan salur kencing. Dalam keadaan biasa, tiub ini berada dalam keadaan tertutup, dindingnya kempis menyentuh antara satu sama lain dan tidak mengeluarkan sebarang angin. Ini adalah kerana bakteria yang berada di sel-sel lapisan dalam vagina hanya bertindak balas mengeluarkan asid laktik untuk menjadikan faraj berasid, lembab dan membantu mengelakkan jangkitan kuman pada permukaannya.
Keadaan ini berbeza dengan situasi yang berlaku pada usus besar yang mana bakteria dalam usus besar bertindakbalas mengeluarkan gas yang dikenali sebagai kentut. Maka dalam keadaan normal, vagina sepatutnya tidak mengeluarkan sebarang angin melainkan sekiranya seseorang wanita itu mengalami masalah fistula (lubang penyambung) antara rektum (usus besar) dengan vagina akibat pembedahan antara usus dan faraj. Keadaan ini menyebabkan angin dari usus besar masuk ke dalam faraj.
Kebanyakan wanita sebenarnya mengalami masalah keluar masuk angin di antara kelopak besar labia (labia majora), angin ini berkumpul di celah ruang yang terbentuk antara kelopak dan faraj.  Fenomena ini sering disalah anggap sebagai angin yang keluar dari bukaan faraj.  Lebih memburukkan keadaan apabila wanita berkenaan mengangkat hadas iaitu membasuh bahagian kemaluan mereka.  Air yang terperangkap di celah kelopak-kelopak besar labia, menyebabkan pergerakan angin keluar masuk melalui kelopak-kelopak labia ini lebih ketara dirasai semasa pergerakan solat, yang akhirnya turut mengeluarkan bunyi dan rasa keluar angin seperti kentut.  Lebih menyulitkan lagi bukaan faraj tidak mempunyai deria rasa yang sensitif seperti bukaan dubur hingga membolehkan kita dapat merasai keluarnya angin dari bukaan faraj secara yakin.
Namun begitu, keluar masuk angin di vagina berkemungkinan berlaku kepada wanita yang mengalami kelemahan pada otot-otot kemut seperti wanita yang telah melahirkan ramai anak, mengalami masalah jatuh peranakan dan juga tidak dapat mengawal kencing (kencing dedas) Bagi memastikan bahawa angin yang keluar masuk itu bukan dari vagina, wanita disarankan berdehem selepas membuang air sebagaimana dianjurkan Rasulullah bagi orang yang mengalami masalah kencing dedas, mengelap kering bahagian sulit selepas berhadas kecil, atau melakukan ujian dengan meletakkan tisu di antara kelopak ini (bukan menyumbat faraj). Sekiranya angin sudah tidak kedengaran lagi, maka sahlah ia berasal dari masalah ini, jika dia terus menerus berlaku, maka wanita perlu mengakui besar kemungkinan angin itu berasal dari faraj. Wanita berkenaan disarankan untuk mempraktikkan senanam kemut untuk menguatkan semula otot-otot kemut bagi menutup kemas bukaan faraj.


***Senaman kemut membabitkan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau otot lantai pelvis seolah-olah seperti mahu menahan kencing atau air besar dan ia harus dilakukan serentak.Untuk wanita, amalan kemut dapat melangsing dan melegakan corong faraj sekali gus menyempitkan pembukaan faraj yang renggang
 Hukum dan implikasinya
Hukum wanita yang mengeluarkan angin / kentut melalui faraj (qubul) dan juga dubur adalah batal wuduknya berdasarkan dalil berikut,

عَنْ َعبَّادِ بْنِ تَمِيْمٍ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتاً أَوْ يَجِدَ رِيْحاً

‘Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang berkata, “Jangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya”.
Hadis direkodkan oleh Muslim dan Bukhari.

Berdasarkan hadis di atas, secara jelas Rasulullah memberitahu bahawa keluar angin boleh membatalkan solat. Oleh sebab itu, wanita yang mengalami masalah angin pada faraj disarankan mengambil langkah-langkah berikut;
1. Berdehem selepas membuang air kecil.
2. Membasuh kemaluan dengan sempurna.
3. Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain atau menutupi ruang dengan rapat menggunakan tuala pelekat yang nipis dan bersih.
4. Kemudian memakai seluar dalam yang kemas agar udara tidak boleh keluar masuk sebelum berwuduk dan menunaikan solat.
 Penulis artikel: Dr Rosediani Muhammad.
(Pakar Perubatan Keluarga, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan)
p/s : Moga bermanfaat. Jika tidak faham, jom kita berdiskusi=)
~Hidup Adalah Memilih...Memilih Kerana Allah~

11 comments:

a.t.u.l.a.s.c.a. said...

salam....

sufi....kirenye walaupun angin yang keluar tu dari luar, bukan dari dlm faraj, still batal wuduknye ye?

SuFi Haraki said...

salam, kak, yg sy faham pn begitulah....

rushdi sharkhan said...

Macam mana kalau kita keuzuran dalam mengerjakan solat???

rushdi sharkhan said...

Macam mana kalau kita keuzuran dalam mengerjakan solat???

rushdi sharkhan said...

Macam mana kalau kita keuzuran dalam mengerjakan solat???

rushdi sharkhan said...

Macam mana kalau kita keuzuran dalam mengerjakan solat???

Ku Azmiza said...

as salam.
saya ada menulis tentang hal ini berdasarkan pendapat ustazah maznah sebab hal ini khilaf.

Bila membaca tulisan beliau, saya ada berbincang dengan beberapa orang ustaz tentang perlukah kita taklid kepada mazhab lain (mazhab hanafi dan maliki mengatakan tidak batal sedangkan kita mazhab syafie) andainya kita memang sangat bermasalah dalam hal ini. S Jawapan ustaz, cukuplah andai kita mengerti/faham apa yang menyebabkan tidak batal jika kita bertaklid pada mazhab yang mengatakan tidak batal. wallahu'alam

chek sue said...

mgikut hadis yg dkkluarkn saudari..yg mbatalkn wuduk yakni kentut..berbau dan kedengaran bunyinya.saya mushkil..adakah sebaliknya bole jgk mbatalkan wuduk??

Ku Azmiza said...

itulh sbbnya mazhab hanafi n mazhab maliki tidak menyatakn batal bersesuaian dgn hadith trsebut.
wallahu'alam

Anonymous said...

assalamualaikum kak.saya selalu jadi.tapi dia seperti gelembung dalm faraj.apabila rukuk dab sujud.akan keluar angin.tapi tidak berbau.adakah turut membatalkan solat?saya pernah mengulangi wudhuk.tepi tetap keluar ketika solat.ermm

Anonymous said...

Mcm mane nak bezakan angin kluar dri dlm faraj atau setakat labia majora? Mhon penjelasan. Terima kasih.

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...