Followers

Perihal Kecik, Namun Penting

 Terlepas Berjemaah

Beberapa hari lepas semasa di perantauan, saya melihat ada seorang sahabat saya menunaikan solat sunat selepas solat Subuh. Begini kisahnya, saya sedang solat sunat subuh(sebelum subuh) setelah azan berkumandang. Saya solat sunat tanpa memberitahu sahabat saya yg tengah bersiap2 memakai telekong solat. Selesai memakai telekung, si sahabat itu terus solat Subuh sewaktu saya sedang solat sunat. Saya menjangkakan dia akan turut solat sunat terlebih dahulu namun meleset jangkaan saya itu. Saya terlepas untuk berjemaah solat Fardhu Subuh dengannya. Mungkin berlaku miss communication, kerana boleh jadi dia menyangka saya sedang solat fardhu Subuh, dan mungkin kelihatan padanya saya tidak mahu berjemaah.Tidak mengapalah,  ini musafir pertama saya bersama-sama sahabat baru saya itu. Untuk masa akan datang, pasti kami akan belajar dari kesilapan ini.

Itu ceritanya, yang tentunya ada moral yang ingin saya kongsikan dengan sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian, iaitu tentang kehebatan dan kelebihan solat sunat sebelum Subuh. Kalau solat sunat Subuh sudah memadai menyebut solat sunat subuh tanpa menyebut solat sunat qabliah(sebelum) subuh,kerana fardhu Subuh tiada solat sunat ba'adiah(selepas). Jadi, bila sebut solat sunat Subuh, ia bermakna solat sunat sebelum Subuh. Huh...berbelit-belit rasanya, namun harap kalian faham.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidah Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:

"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".

Banyak pahala yang kita dapat jika istiqamah melakukan solat sunat Subuh. Hatta, jika kita tiba di masjid dan  jamaah telah solat Subuh, maka selepas solat Subuh, kita boleh qada' menunaikan solat sunat Subuh sebaik sahaja solat Subuh berjamaah itu. Itu bagi orang yang memang betul-betul istiqamah solat sunat subuh dan tak pernah meninggalkannya. Allahuakbar! Sampai begitu sekali special solat sunat subuh....Bagi orang yang mengetahui......Masih ramai yang tak tahu, dan perlukan pemberitahuan supaya mereka tahu. Itulah tugas kita semua, yang mengaku sebagai dai'e dan daiah. Yang dah tahu, tapi masih buat2 tak tahu dan malas, itulah orang yang berilmu tapi tak beramal, umpama pokok tanpa buah. Lama2 pokok itu, akan ditebang orang kerana hanya membuat sampah dengan luruhnya daun-daun kering, langsung tak memberi manfaat bahkan menambahkan beban orang. Na'uzubillah ya Allah.

Solat Sunat Subuh

Balik pada sambungan cerita di atas, setelah sahabat saya itu selesai solat fardhu Subuh, dia lantas bangun untuk solat lagi. Dalam hati, saya tertanya-tanya. Dia solat apa selepas Subuh? Setahu saya tidak ada solat sunat selepas solat Subuh. Hmmm......Amik masa sehari jugak saya untuk bertanya kepada sahabat saya itu. Subuh keesokan harinya, saya tekad bertanya. Dengan penuh hati-hati kerana takut dia terasa. Dia sangat sporting, namun saya perlu juga berhati-hati, kerana pasti dia ada hujjah sendiri. Lagipun, ilmu dia lagi banyak dari saya kerana dia lepasan sekolah Arab dan juga belajar bidang agama di Univesiti. Semua pengajian agama berbanding saya yang menjurus kepada bidang Sains sejak dari matrik hingga ke Universiti. Setelah bertanya, rupa2nya sahabat saya itu solat Hajat selepas solat subuh. Saya katakan padanya, tiada solat sunat selepas solat subuh. Dia bertanya, "Kenapa? Tak boleh ke solat sunat hajat selepas Subuh? Bukan kah solat sunat hajat boleh dibuat pada bila-bila masa?". Saya jawab lagi, "Boleh buat pada bila-bila masa melainkan selepas Subuh dan juga selepas Asar, tapi yang memang saya tahu, tidak boleh solat sunat selepas solat Subuh". Dia seakan tidak boleh terima penjelasan saya, kerana saya gagal memberi hujjah yang kukuh dan meyakinkan. Lantas dia berkata, " Tak apalah, saya tak pernah dengar akan hal ini, saya akan merujuk pada orang lain untuk bertanya hal ini". Saya pun menjawab, "Ok, baiklah, tanyalah orang lain yang lagi arif dari saya". Perbualan tamat di situ. 

Jawapan Tersirat & Tersurat

Sehingga  hari ini, saya tertanya-tanya adakah sahabat saya itu telah mendapat jawapan kukuh dari permasalahan ini? Betulkah saya yang menegurnya?? Saya saban hari memikirkan apa yang berlaku. Jesteru, saya bertanya kepada beberapa orang yang bagi saya berilmu dan ilmunya boleh ditumpangi oleh orang sekeliling. Alhamdulillah, jawapan yang serupa dan selari dengan pemahaman saya. Masih tak berpuas hati, saya meneroka ilmu dalam internet, mencari sumber yang dipercayai untuk mengukuhkan kefahaman saya.

“Nabi telah melihat seorang lelaki bersolat 2 rakaat selepas menunaikan solat Subuh 2 rakaat. Nabi berkata : Adakah anda bersolat fajar dua kali? Berkata lelaki tersebut kepada Nabi : Saya tidak bersolat 2 rakaat sebelum itu, maka aku bersolat sekarang. Nabi mendiamkan diri.”
[Hadith Riwayat Ibn Majah. Al-Albani mengkelaskan sebagai Sahih didalam Sahih Ibn Maajah]

Huraian hadith:  Solat yang dilakukan didalam hadith diatas adalah solat sunat sebelum subuh, akan tetapi lelaki tersebut tidak sempat melakukannya, lalu ia mengqada’kan solat tersebut selepas solat subuh. Hadith ini juga menunjukkan bahawa Solat Sunat boleh di qada’ pada waktu yang diharamkan bersolat (iaitu satu pengecualian)

Saya juga mengemukan hadith tentang larangan Nabi berkenaan solat sunat selepas Subuh & Asar agar kita semua lebih jelas dan faham. InsyaAllah.

Dari Abu Hurairah R.A. bermaksud: 

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. melarang dari mengerjakan solat selepas asar sehingga terbenam matahari dan solat selepas subuh sehingga terbit matahari. 
(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tarmizi, Nasaie dan Ahmad). 

Adapun begitu, ada jugak hadith yang melonggarkan larangan solat sunat selepas  Subuh dan Asar dengan hadith di bawah, yakni tentang pengecualian dan keistimewaan ketika berada di MasjidilHaram.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: 

Jangan kamu halang seseorang pun tawaf di rumah (Allah Taala) ini (Masjidil Haram), atau bersembahyang pada bila-bila waktu pun, samada malam atau siang. (Riwayat at-Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah). 

Huraiin Hadith : Mazhab Shafie melihat hadis ini bermaksud umumnya untuk semua solat sunat tersebut. Iaitu semua jenis solat sunat boleh dikerjakan di dalam Masjidil Haram pada bila-bila masa sahaja. Akan tetapi ada ulama yang berpandangan bahawa hadis ini hanya dikhususkan hanya pada solat sunat tawaf sahaja. 

Konklusi

Saya rasa setakat ini sahaja perkongsian tentang permasalahan yang sering berlaku dalam kalangan kita. Ianya nampak simple, namun, jika kita beramal tanpa ada ilmu pun sangat berbahaya, dan jika ada ilmu tapi tak beramal malah mnggunakan ilmu untuk memutar belit dan 'menyelamatkan' diri sendiri, pun berbahaya. Pendek kata, hidup jangan menyombong dengan ilmu, kerana dengan ilmu Lillahi Ta'ala kita akan dapat segala-galanya. Mohon tegur jika ada tersalah maklumat. FASTBIQUL KHOIRAT.
Wallahualam.

p/s : Kalau sahabat saya baca cerita ni, agak2 apa yg akan terjadi??Huhu

~Hidup adalah memilih...memilih kerana Allah~

4 comments:

yuliyu said...

alhamdulillah, satu perkongsian ilmu yang sangat berguna... terima kasih... menjadi lebih jelas dan yakin dengan permasaalahan yang sering berlaku dalam kalangan kita akan jalan penyelesaiannya...nampak remeh, tapi penuh dengan hikmahnya... Islam itu mmudah, tapi bukan untuk dipermudahkan... harapnya, sama2 doa untuk istiqamah beramal dengan ilmu ini...Insyaallah...

SuFi Haraki said...

alhamdulillah...........moga dapat mnfaat

UNI said...

alhamdulillah terjumpa blog anda semasa gugel di internet. informasi yg amat berguna...thanks!

Anonymous said...

Terima kasih :)

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...